Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Selepas berehat lama akibat kecederaan patah siku, akhirnya Shane Lowry membuat penampilan pertama bersama pasukan senior Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan semalam. Bagi bek tengah Australia itu, ia sesuatu yang amat dinantikannya.

Advertisements

Lowry membantu JDT membelasah Negeri Sembilan 7-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Tatkala barisan serangan diketuai Diogo Luis Santo dan Arif Aiman Hanapi merobek gawang tuan rumah, benteng pertahanan diketuai Lowry memastikan gawang yang dikawal Syihan Hazmi Mohamed tidak dibolosi.

Bagi bekas bek tengah Aston Villa itu, ini takkan berlaku tanpa usaha keras kakitangan perubatan pasukan yang memantau pemulihannya. Atas sebab itu, Lowry mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana membantunya kembali cergas dan merebut slot kesebelasan utama JDT.

Advertisements

“Gembira dapat kembali bermain selepas tempoh beberapa bulan yang mengecewakan. Terima kasih kepada semua staf JDT @officialjohor atas semua kerja keras anda. “

“Ini turut didedikasikan kepada individu-individu di belakang tabir yang orang tidak lihat tetapi banyak membantu saya. Saya amat bersyukur kerana dapat bekerja dengan orang yang terbaik dalam bidang ini.” tulis bekas bek tengah Milwall itu dalam catatannya di Instagram.

Advertisements

Sebaik hantaran itu dimuatnaik di Instagram, ramai pemain JDT mengalu-alukan kepulangannya ke pasukan utama. Antara yang berbuat demikian ialah Juan Muniz, Akhyar Rashid, Syamer Kutty dan Arif Aiman.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram