Shane Lowry Kembali Beraksi, Perkuat JDT II
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT),Shane Lowry kembali beraksi bersama pasukan JDT II malam ini dan membantu pasukannya mencatat kemenangan 1-0 di laman sendiri.

Pemain berusia 32 tahun itu merupakan tunjang utama buat barisan pertahanan Harimau Selatan musim lalu sehingga berjaya mencipta pelbagai kejutan di pentas Liga Juara-Juara AFC.

Ad

Bekas pertahanan Aston Villa ini bagaimanapun telah mengalami kecederaan sehingga menyebabkan beliau terpaksa disisihkan pada baki musim 2022.

Ad

Namun begitu, kemunculan semula beliau telah memberikan seri kepada para penyokong setia Harimau Selatan apabila kembali beraksi setelah berehat panjang.

Beliau dilihat memakai lilitan kapten ketika turun membawa cabaran JDT II yang melayan kunjungan Penang di Stadium Pasir Gudang.

Ad

Usaha ini bagi memastikan beliau mendapat semula rentaknya selain tempatnya di JDT tekah pun diisi dengan amat cemerlang oleh pertahanan muda, Feroz Baharudin.

Ad

Kekebalan benteng pertahanan JDT menyaksikan mereka berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 hasil jaringan Aysar Hadi.