Advertisement
Shane Lowry Ketuai Penilaian Tertinggi JDT
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Walaupun mengalami kekalahan pada perlawanan pertama kumpulan I Liga Juara-Juara AFC, namun ianya bukanlah pengakhiran buat wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Perjalanan masih jauh sebelum pusingan seterusnya diputuskan kelak.

Kekalahan kepada Kawasaki Frontale itu jelas menerbitkan pelbagai elemen positif terutamanya dari segi pertahanan. Biarpun ditekan dengan variasi serangan dari Kawasaki Frontale, namun benteng JDT mempamerkan keampuhan untuk menidakkan gol daripada terhasil.

Melalui tinjauan di laman Sofascore, pemain pertahanan import JDT dari Australia, Shane Lowry berjaya menjadi pemain yang mendapat rating tertinggi di kalangan kesemua pemain JDT yang diturunkan semalam.

Lowry berjaya mendapat rating 7.6/10. Antara kriteria yang menaikkan rating Lowry adalah beliau mencatatkan peratusan hantaran tepat yang tinggi iaitu sebanyak 87 peratus. Selain itu, Lowry juga berjaya melakukan 3 pelepasan bola dan menghalang 2 percubaan lawan.

Lowry sofascore Shane Lowry Ketuai Penilaian Tertinggi JDT
Statistik yang membawa kepada penilaian tinggi terhadap Shane Lowry. Sumber Sofascore.

Walaupun kurang beraksi dalam saingan domestik bersama JDT musim ini, namun sumbangan Lowry pada aksi menentang Kawasaki Frontale sudah pasti membuka mata ramai pihak akan kebolehannya.

Untuk musim ini, Lowry sudah beraksi sebanyak 10 perlawanan bersama JDT dalam kesemua pertandingan. Biarpun tidak berjaya menjaringkan gol, namun Lowry sudah menyumbang dua bantuan gol buat JDT.