Kelab China, Shanghai Shenhua tak mahu memgambil risiko tatkala bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pasukan bimbingan Leonid Slutskiy menerima tamparan hebat apabila tunduk 3-2 berdepan Shanghai Port bagi aksi China FA Cup baru-baru ini.
Beliau dilihat tidak memainkan perancang utama pasukan, Joao Teixeira sungguhpun pemain itu berada di bangku simpanan.
Pengendali kelahiran Russia itu memaklumkan bahawa tonggak utama Shanghai Shenhua itu mengalami kecederaan dan tidak boleh diturunkan.
Slutskiy menjelaskan keputusan menyimpan pemain berusia 31 tahun itu bagi memastikan beliau bersedia sepenuhnya menjelang aksi berikutnya.
“Tahap kecederaan pemain itu (Joao) boleh dikatakan agak serius. Saya tidak mahu mengambil risiko yang lebih besar untuk menurunkannya hari ini (berdepan Shanghai Port),” jelasnya selepas perlawanan.
Shanghai Shenhua berjaya melakar kejutan pada aksi pertama ACLE apabila menundukkan Pohang Steelers dengan keputusan 4-1.
Aksi JDT dan Shanghai Shenhua akan berlangsung pada 1 Oktober 2024 jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim.