Shaqiri Sah Tinggalkan Liverpool, Berkelana Ke Liga Perancis
EPL
Instagram: liverpoolfc
Advertisements

Pemain kelahiran Switzerland, Xherdan Shaqiri sah menyertai bekas penyandang juara liga Perancis (Ligue 1) 19/20, Olympique Lyonnais (Lyon). Beliau berpindah secara tetap selama 3 tahun dengan tanda harga yang bernilai 9.5 Juta. 

Pemain sayap berusia 29 tahun itu berkelana ke The Reds dari Stoke City dengan harga 13.5 juta pada Julai 2018 dan seterusnya memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana sepanjang kariernya di Anfield. 

Ketika Shaqiri berada di bawah kendalian Jurgen Klopp, beliau sering memberikan aksi yang luar biasa walaupun kadang-kala hanya berada di bangku simpanan.  Sungguhpun begitu, beliau juga sering dilanda masalah kecederaan yang membuatkannya kurang minit permainan. 

Advertisements

Kemunculan pemain muda baharu iaitu Harvey Elliott dikatakan menjadi punca masa permainannya kurang. Ini kerana pemain berusia 18 tahun itu menunjukkan prestasi terbaik ketika sedang berada dalam pasukan Blackburn Rovers secara pinjaman musim lepas. 

Menurut laman web rasmi Liverpool, Shaqiri dianggap sebagai pemain bersejarah The Reds. 

” Dia adalah sebahagian dari skuad yang mengakhiri penantian Liverpool selama 30 tahun untuk juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pada musim yang sama, menamatkan perlawanan dengan 99 mata, berkelebihan dengan 18 mata” 

Advertisements

“Semua orang di Liverpool FC berterima kasih kepada Xherdan atas sumbangannya selama tiga musim terakhir dan mengucapkan yang terbaik untuk sepanjang kariernya”.

Selepas 3 tahun Shaqiri berada di Anfield, beliau berjaya menjaringkan 8 gol dari 45 penampilan bersama The Reds.  

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram