Sharom Kalam Kesan Perubahan Mendadak Fizikal Romel Morales
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Bekas pertahanan kebangsaan, Shahrom Kalam telah mengesan perubahan mendadak yang ditampilkan oleh penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Romel Morales.

Penyerang kelahiran Colombia itu melengkapkan perpindahan ke kelab selatan tanah air itu selepas beberapa musim membantu cabaran KL City.

Ad
Sponsors

Tonggak penting Harimau Selatan itu telah beraksi dalam dua perlawanan dan berjaya meledak dua jaringan sekaligus mengukuhkan tempat bersama pasukan.

Ad

Berdasarkan analisis oleh Shahrom Kalam di Astro Arena, beliau melihat kualiti yang dimiliki oleh Romel bakal membantu jentera serangan JDT.

“Kalau kita melihat dari segi fizikalnya, kita boleh lihat yang dia fit. Dia bekerja keras untuk beraksi dalam perlawanan ini (menentang Sri Pahang).

Ad

“Ada satu kelebihan buat JDT adalah kerana mereka memiliki variasi pada jentera serangan seperti Heberty, Forestieri, Bergson dan Arif.

Ad

“Tapi sekarang kita (JDT) ada Romel Morales. JDT kini memiliki lebih banyak variasi dan jika tidak dapat mencari jaringan, akan sentiasa ada pilihan untuk pemain dimasukkan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Ad

Shahrom juga melihat perkara ini amat baik terutamanya bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dengan jentera serangan ampuh.

JDT kini mencatat rekod bersih 100 peratus kemenangan dalam semua kejohanan dan bakal berkunjung ke Stadium Likas untuk aksi seterusnya.