Shin Tae-yong Akui Posisi Penyerang Indonesia Adalah Posisi Terlemah
Dunia
PSSI
Advertisements

Indonesia terpaksa akur dengan kehebatan Thailand selepas tewas dengan agregat 6-2 dalam final Piala AFF Suzuki 2020 yang melabuhkan tirainya semalam.

Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong memberitahu kepada wartawan selepas perlawanan bahawa terdapat kelemahan yang membuatkan mereka gagal menjulang trofi ‘agung’ bola sepak Asia Tenggara itu. Pengendali dari Korea Selatan itu akui bahawa posisi penyerang dalam pasukannya sangat lemah.

“Dalam pasukan kami, ternyata posisi ‘striker’ adalah posisi yang paling lemah, di pertandingan (Liga 1) juga banyak pasukan menggunakan pemain import untuk posisi striker,” jelas Shin Tae-yong.

Advertisements

“Jadi disebabkan itu, para pemain Indonesia terutamanya penyerang susah untuk berkembang,” lanjut beliau.

Untuk Piala AFF Suzuki 2020, Indonesia membawa tiga penyerang yang terdiri daripada Ezra Walian, Dedik Setiawan dan Hanis Saghara.

Daripada tiga penyerang yang dibawa, hanya Ezra Walian sahaja yang menjaringkan dua gol manakala bagi Dedik dan Hanis, mereka ketandusan gol dalam edisi kali ini.

Advertisements

“Sebagai penyerang, mereka harus berjuang bersungguh-sungguh untuk mengimbangi posisi-posisi lain. Semoga pemain-pemain yang dikeluarkan tidak patah hati malah perlu lebih bermotivasi dan berkembang pada masa akan datang,” jelas beliau kepada bolacom.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram