Shin Tae-yong Berang, PSSI & Kerajaan Lambat Selesaikan Masalah Pemain Warisan
MakanBola
AP Photo

Jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong dilihat kecewa dengan tindakkan PSSI & Kerajaan yang masih menangguh proses untuk selesaikan masalah pemain warisan ini.

Shin tae-yong menjelaskan dokumen yang diperlukan untuk menjadi pemain warisan sudahpun lengkap namun perkara ini belum ada keputusan rasmi oleh PSSI sejak dua bulan lepas lagi.

Ad

Sementara itu, nama pemain warisan yang belum mendapat apa-apa laporan antaranya ialah Sandy Walsh, Jordi Amat, Mees Hilgers dan Ragnar Oratmangoen.

Ad

“Sampai November tahun lalu saya sudah terima laporan bahawa proses pengurusan bagi menyelesaikan masalah naturalisasi dipercepat, tapi sampai sekarang tiada apa-apa laporan tentangnya,” katanya.

“Secara peribadi kita perlu menghubungi pemain-pemain yang akan menjadi pemain warisan, dan semua dokumen yang diperlukan sudah lengkap,” jelasnya.

Ad

Shin Tae-yong turut berharap pihak yang terbabit perlu membantu mempercepatkan urusan pemain warisan supaya beliau dapat membina pasukan kendaliannya dengan segera untuk beraksi dalam saingan yang akan datang.

Ad

“Harapan saya, Sudah tiba masa PSSI dan kerajaan untuk memberikan bantuan,” ujarya kepada Bolaskor

Ad

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Baru, Sepakbola – Sejumlah media Malaysia seperti Semuanyabola dan Makan Bola, mulai panas dengan kebangkitan Timnas Indonesia di bawah pelatih Shin […]