Shin Tae-yong Bongkar Corak Latihan Unik Indonesia
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Indonesia semakin bersedia untuk menghadapi kempen Piala Asia 2023 Qatar melalui latihan berintensiti tinggi di bawah kendalian Shin Tae-yong.

Jurulatih dari Korea Selatan itu memberi bayangan bahawa para pemain Indonesia akan merasai tekanan dan kepenatan sebelum mereka berangkat ke Qatar.

Skuad kebangsaan Indonesia kini sedang berkampung di Turki untuk latihan pusat selain menghadapi beberapa perlawanan ujian di sana.

Advertisements

“Mereka (pemain Indonesia) pasti merasa keletihan kerana sebelum berangkat ke Qatar, saya sudah sediakan jadual atau program latihan dengan intensiti yang tinggi,” ujar Tae-yong seperti dilaporkan PSSI.

Kelincahan merupakan satu kelebihan yang perlu dimanfaatkan Indonesia supaya mampu meruntuhkan benteng pertahanan lawan.

Tae-yong turut percaya bahawa skuad Indonesia yang bakal dibawa ke Qatar nanti tidak akan menjadi lubuk gol buat pasukan lawan.

Advertisements

“Latihan hari ini, kami fokus untuk bagaimana mahu meruntuhkan barisan pertahanan lawan dengan hantaran pendek.

“Di dalam ruang yang kecil, bagaimana kita boleh melakukan hantaran sementara orang ketiga yang melakukan pergerakan,” jelas Tae-yong lagi.

Indonesia dijadualkan menentang Libya dalam dua aksi ujian pada 2 dan 5 Januari 2024 sebelum menentang Iran pada 9 Januari 2024.

Advertisements

Untuk kempen Piala Asia 2023, Indonesia diletakkan bersama-sama tiga lagi pasukan yang lebih tinggi kedudukan ranking mereka iaitu Jepun, Iraq dan juga Vietnam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram