Shin Tae-yong Dilantik Pengurus Besar Sambilan Seongnam FC
MakanBola
Seongnam FC
Sponsors

Bekas jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong semakin sibuk selepas kembali ke Korea Selatan.

Sebelum ini, beliau diumumkan sebagai salah seorang daripada lima Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA).

Ad

Peranan tersebut menyaksikan Tae-yong bakal memikul portfolio kerjasama luar antara KFA dengan badan-badan bola sepak antarabangsa.

Ad

Kini, kelab Seongnam FC mengumumkan pelantikan jurulatih berusia 54 tahun itu sebagai pengurus besar kelab tersebut.

“Seongnam FC telah melantik legenda Shin Tae-yong sebagai pengurus besar sambilan sehingga akhir tahun ini.

Ad

“Beliau akan memainkan peranan sebagai pembantu dan bakal membantu pembangunan kelab dan memantapkan pengurusan pasukan di bawah bimbingan jurulatih Jeon Kyung-joon,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Tae-yong mengakui beliau cukup teruja kerana berpeluang membantu pasukan lamanya memburu misi layak ke saingan K-League 1 musim depan.

Ad

“Seongnam FC sentiasa menjadi pasukan yang tidak boleh dilupakan sejak tempoh saya bergelar pemain,” katanya.

“Bila anda lihat sejarah kelab ini, saya fikir ini bukan kedudukan sebenar kelab. Buat masa ini, kita akan mainkan peranan membantu kelab dan skuad sedia ada agar Seongnam dapat layak dan berada di posisi sebenar mereka sepatutnya berada.”

Tae-yong bukan asing dengan Seongnam. Ini kerana beliau pernah merasai nikmat bergelar juara Liga Juara-Juara AFC (ACL) sebagai pemain pada 1995 dan jurulatih (2010).

Selain Seongnam dan Indonesia, beliau juga pernah melatih skuad Korea Selatan. Tae-yong juga pernah menjadi penolong jurulatih Brisbane Roar dari 2005 hingga 2008.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments