Bekas pengendali Indonesia, Shin Tae-yong telah mengikut jejak langkah Kim Pan-gon memasuki awal 2025.
Pengumunan mengejutkan oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) apabila mengesahkan bahawa jurulatih kelahiran Korea Selatan itu tidak lagi bersama Sang Garuda.
Jurulatih berusia 54 tahun itu telah bersama Indonesia sejak tahun 2020 dan membimbing pasukan selama 4 tahun pada pelbagai lapisan skuad.
Nasib beliau bagaimanapun terjawab selepas Ketua Umum PSSI, Erick Thohir mengesahkan bahawa Tae-yong tidak lagi bersama pengendali Timnas Indonesia.
Beliau menjadi jurulatih Korea Selatan ketiga meninggalkan Asia Tenggara selepas bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo tahun 2023 dan juga Kim Pan-gon pada pertengahan tahun 2024.
Antara pencapaian hebat Shin Tae-yong bersama Timnas Indonesia adalah aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan kini sedang berada dalam momentum terbaik.
Kenangan manis buat seluruh rakyat Indonesia adalah ketika menewaskan Arab Saudi dengan keputusan 2-0 selain melakar keputusan seri menentang Australia dan Bahrain.
Beliau juga hampir berjaya menbantu skuad muda Indonesia untuk melangkah ke pentas Olimpik namun dikecewakan saat akhir.
Destinasi baharu beliau masih menjadi tanda tanya dengan posisinya bersama Timnas Indonesia bakal diganti oleh pengendali kelahiran Belanda, Patrick Kluivert.