Shin Tae-yong Lempang Pemain Tepi Padang
Asia
PSSI
Advertisements

Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong telah dikesan menampar pemain muda Indonesia di tepi padang ketika separuh masa pertama baru sahaja ditamatkan.

Pengendali dari Korea Selatan itu dilihat menampar pemain sayap, Jeam Kelly Sroyer selepas pemain itu dilayangkan kad kuning kerana masuk semula ke padang tanpa keizinan daripada pengadil perlawanan.

Video yang berdurasi 10 saat itu telah tular di laman X dan sehingga kini sudah mencapai lebih 125 ribu tontonan.

Advertisements

Pada aksi kumpulan A semalam, Indonesia melakar kejutan apabila menumbangkan Australia dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Komang Teguh pada minit ke-45.

Penjaga gol Indonesia, Ernando Ari sudah pasti akan dikenang sebagai wira pasukan selepas menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya Australia termasuk sepakan penalti pada babak pertama perlawanan.

Kemenangan ini menjadikan Indonesia mengumpul tiga mata dan berada di tangga kedua kumpulan A di bawah tuan rumah, Qatar yang mengumpul 6 mata selepas dua kemenangan.

Advertisements

Untuk aksi seterusnya, Indonesia akan berdepan Jordan pada 21 April untuk aksi terakhir kumpulan manakala Australia pula dijadualkan bertemu Qatar pada tarikh yang sama.

Video Shin Tae-yong menampar Jeam Kelly Sroyer DI SINI.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram