Shin Tae-yong Minta Penganjuran Piala AFF Dihentikan
Asia Tenggara
FIFA
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong berharap agar kejohanan Piala AFF tidak lagi dilangsungkan selepas ini.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu kini sedang mempersiapkan pasukan menjelang sepak mula Piala AFF b-23 tahun di Thailand.

Beliau bagaimanapun berdepan halangan besar selepas sebahagian pemain yang berada dalam rancangannya tidak berjaya diperolehi kerana tidak dilepaskan oleh kelab.

Advertisements

Pengajuran pertandingan ini juga telah menimbulkan perbalahan antara jurulatih kelab dan juga pengurusan pasukan kebangsaan Indonesia.

Hal ini disebabkan saingan Liga 1 Indonesia ketika ini masih berjalan ketika beberapa pemain utama bawah 23 tahun Garuda kini memjadi tunjang utama kelab.

Advertisements

Perkara ini sudah pastinya menimbulkan rasa kurang senang jurulatih import seperti Thomas Doll (Persija Jakarta) dan Bernardo Tavares (PSM Makassar) yang memiliki tekanan bagi mencapai sasaran kelab.

Mengulas lanjut, bekas jurulatih Korea Selatan ini berharap agar Piala AFF tidak lagi dianjurkan selepas ini.

Advertisements

“Saya boleh memahami keadaan jurulatih di kelab kerana mereka sudah ditetapkan sasaran masing-masing. Pemain yang dipanggil pula merupakan sandaran utama pasukan.”

“Saya berharap agar tiada lagu kejohanan Piala AFF b-23 kerana ramai pemain dari Liga 1 Indonesia. Ini sebenarnya merugikan liga dan mengganggu perkembangan bola sepak sesebuah negara,” ujar beliau yang dipetik dari MakanBola Indonesia.

Advertisements

Piala AFF b-23 berlangsung di Thailand bermula 17-26 Ogos ini menyaksikan Indonesia diundi dalam satu kumpulan bersama Malaysia dan Timor Leste.

Pertandingan ini juga baru tiga kali diadakan sejak edisi pertama pada 2005. Hanya tiga pasukan yang berjaya muncul juara, iaitu Thailand, Indonesia, dan Vietnam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram