Shin Tae-yong Panggil Lima Pemain Luar Negara
MakanBola
AFC
Sponsors

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong baru-baru ini telah mengeluarkan senarai 24 pemain yang dipanggil ke kem latihan ‘Sang Garuda’ bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan pada 8 September depan.

Untuk panggilan kali ini, Tae-yong ada membuat sedikit perubahan apabila tidak memanggil tiga pemain ‘regular’ bagi skuadnya iaitu Pratama Arhan,Elkan Baggott dan Rizky Ridho yang mana ketiga-tiganya beraksi di posisi pertahanan.

Ad
Sponsors

Ketiadaan tiga pemain ini bakal diisi lima pemain yang beraksi di luar negara iaitu Jordi Amat (Johor Darul Ta’zim), Saddil Ramdani (Sabah FC), Shayne Pattynama (Viking FK), Asnawi Mangkualam (Jeonnam Dragons) dan Sandy Walsh (KV Mechelen).

Ad

Selain itu Shin Tae-yong mempertaruhkan tiga muka baharu yang tidak pernah membuat sebarang penampilan bersama skuad senior iaitu Wahyu Prasetyo (PSIS), Ryan Kurnia (Persib), dan Aji Kusuma (Persija).

View this post on Instagram

A post shared by Indonesia Football (@soccerindonesia___)

Ad

Para pemain dijangka melapor diri pada 4 September ini. Perlawanan persahabatan Indonesia dan Turkmenistan itu bakal dilangsungkan di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya. Untuk info, Indonesia kini berada di ranking ke-150 dunia manakala Turkmenistan berada sedikit di atas Indonesia iaitu di ranking ke-138 dunia.

Ad