Shin Tae-yong Sanggup Ke Eropah Cari Peledak Kacukan Indonesia
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong bersedia terbang ke Eropah untuk mencari peledak kacukan terbaik untuk pasukan kebangsaan Indonesia.

Jurulatih berusia 54 tahun itu mahu mendapatkan penyerang berkualiti bagi memantapkan lagi jentera serangan pasukan Indonesia.

Malah beliau sudah melakukan perbincangan bersama pengerusi Persatuan Bola Sepak Indonesia, Erick Thohir tentang perkara tersebut.

Advertisements

“Saat ini saya sudah berdiskusi dengan Pak Erick (Ketum PSSI) agar kita bisa dapat pemain baru yang lebih kuat.”

“Mungkin saya akan terbang ke Belanda atau negara mana pun untuk mencari pemain-pemain berdarah Indonesia. Jadi itu salah satu solusi untuk melengkapi pemain di posisi penyerang.” ujar Shin Tae-yong.

Indonesia hanya mampu menjaringkan 3 gol dalam 4 perlawanan Piala Asia 2023 yang lalu dan hanya Marselino Ferdinan yang merupakan penjaring daripada bahagian serangan Indonesia.

Advertisements

Satu gol disumbangkan oleh Sandy Walsh manakala satu lagi gol daripada sepakan penalti oleh Asnawi Mangkualam sewaktu bertemu Vietnam tempoh hari.

Ketumpulan jentera serangan Indonesia kini meningkatkan lagi keinginan Shin Tae-yong dalam memburu penyerang kacukan untuk menyarun jersi Sang Garuda.

Indonesia bakal sekali lagi bertemu Vietnam pada bulan Mac ini dalam aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram