Shin Tae-yong Terpaksa Selamatkan Karier Pratama Arhan
Asia Tenggara
AFC
Advertisements

Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong baru-baru ini telah mengumumkan 29 pemain yang akan mengikuti latihan dan perlawanan ujian di Turki menjelang Piala Asia 2023 bulan depan.

Pertahanan kiri Tokyo Verdy, Pratama Arhan adalah merupakan salah seorang pemain yang turut dipanggil Tae-yong.

Biarpun minit perlawanan yang dirasai di Jepun sangat sedikit, namun Shin Tae-yong mempunyai sebab tersendiri mengapa beliau tetap memanggil pemain berusia 21 tahun itu.

Advertisements

Bagi Tae-yong, beliau merasakan minit permainan yang kurang dirasai Pratama Arhan telah membuatkan prestasinya menurun. Jadi panggilan ke pasukan kebangsaan akan membantu untuk menaikkan semula prestasinya.

“Arhan adalah pemain yang bagus, kalau dia dapat minit bermain di kelabnya, prestasi akan jadi lebih baik daripada sekarang. Tapi ya kerana itulah (jarang bermain), prestasi Arhan semakin menurun. Jika timnas tidak memilih dia, prestasi dia akan benar benar mati,” kata Shin Tae-yong seperti dilaporkan Bolaokezone.

Memandangkan usianya yang masih muda, Shin Tae-yong mahukan Pratama Arhan turut serta dalam panggilan ke skuad kebangsaan demi masa depan bola sepak Indonesia.

Advertisements

Untuk rekod, Pratama Arhan hanya beraksi dalam tiga perlawanan musim ini buat Tokyo Verdy. Satu aksi untuk Liga J2 manakala dua lagi untuk perlawanan Piala Emperor.

Difahamkan, musim ini merupakan musim terakhir beliau bersama Tokyo Verdy dan beliau akan meninggalkan pasukan itu sejurus tamat kontrak pada 31 Januari tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram