Shin Tae-yong Yakin Indonesia Mampu Layak Ke Pusingan 16 Terbaik Piala Asia
Asia
PSSI
Advertisements

Pasukan kebangsaan Indonesia kendalian Shin Tae-yong telah mensasarkan untuk layak ke pusingan 16 terakhir di Piala Asia 2023 Qatar bulan hadapan.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh jurulatih berasal dari Korea Selatan itu seperti yang dilaporkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

“Persiapan kita (adalah untuk) 16 terakhir.  Untuk itu saya dan seluruh pemain akan berusaha maksimal dan berjuang keras.

Advertisements

“Indonesia secara ranking FIFA juga paling rendah. Namun dalam bola sepak apa pun boleh terjadi. Kita juga mohon doa dan sokongan seluruh penyokong dan rakyat Indonesia agar kami berjaya dapatkan keputusan terbaik di Piala Asia 2023,” ujar Shin Tae-yong.

Skuad kebangsaan Indonesia akan menjalani latihan pusat di Turki  pada 20 Disember 2023 sehingga 6 Januari 2024. Peluang itu akan digunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan skuad terbaik bagi ke Piala Asia 2023.

Seramai 29 pemain telah dipanggil Tae-yong untuk menjalani latihan pusat tersebut. Namun jumlah tersebut akan dikecilkan kepada 26 pemain untuk dibawa ke Piala Asia kelak.

Advertisements

“Kami boleh membawa 26 pemain di Qatar. Tetapi apabila perlawanan, kami hanya boleh (membawa) 23 pemain,” jelas bekas jurulatih Korea Selatan di Piala Dunia 2018 tersebut.

Beberapa bintang Indonesia menjadi tumpuan dalam panggilan kali ini terutamanya pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat, Elkan Baggott (Ipswich Town), Sandy Walsh (KV Mechelen), Shayne Pattyanama (Viking FK) dan Ivar Jenner (Jong Utrecht).

Indonesia diletakkan di dalam kumpulan D di Piala Asia dan bersama-sama mereka di dalam kumpulan yang sama adalah Jepun, Iraq dan satu lagi negara Asia Tenggara, Vietnam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram