Advertising
Shopee Cup: Borneo Raih Tiga Mata Penting Atasi Kaya Iloilo
MakanBola
Borneo FC

Aksi saingan Shopee Cup malam ini menyaksikan Borneo berjaya bangkit menewaskan Kaya Iloilo di laman sendiri.

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik. Borneo terdesak mencari kemenangan untuk terus menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.

Separuh masa pertama tamat berpihak kepada tuan rumah selepas pemain sayap Borneo, Mariano P. Bauer membuka jaringan pada minit ke-29 permainan dengan gerakan solo yang menarik.

Ad

Usaha tidak mengkhianati hasil, Kaya berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain sayap, J. Melliza. 

Pada minit ke-91 permainan, pemain gantian Borneo, Dwiky Hardiansyah berjaya menjaringkan gol kedua pasukan sekaligus memberikan kemenangan kepada pasukan. 

Ad
Ad

Perlawanan tamat dengan keputusan Borneo 2-1 Kaya Iloilo. Borneo kini mengumpul enam mata di tangga ke-4 kumpulan B.

Ad

Selepas empat perlawanan, wakil Filipina, Kaya Iloilo ini gagal meraih sebarang mata dalam saingan Shopee Cup musim ini.

Selepas ini, Borneo akan bertemu wakil Vietnam, CAHN dan Kaya Iloilo berdepan Lion City Sailors pada 6 Februari hadapan.