Shopee Cup: Buriram United Belasah Kaya Iloilo 7-0
MakanBola
Kaya Futbol Club
Sponsors

Aksi Asean Shopee Cup hari ini membabitkan pertembungan antara wakil dari Thailand, Buriram United bertemu wakil dari Filipina, Kaya Ilo Ilo.

Kedua-dua pasukan turun dalam misi mencatat kemenangan pertama selepas Buriram tewas kepada Hanoi sementara Kaya Ilo Ilo tewas kepada KL City.

Ad
Sponsors

Pada aksi separuh masa pertama, Buriram United memecah kebuntuan seawal minit ke-9 permainan menerusi pemain tengah, Lucas Crispim.

Pada minit ke-16 permainan, hantaran sepakan percuma Therrathon ditanduk masuk bintang sensasi Thailand, Supachai Chaided untuk gol kedua pasukan.

Ad

Dua jaringan Buriram United memastikan skuad kendalian Osmar Loss mendahului aksi dengan keputusan 2-0.

Ad

Bersambung aksi di babak kedua, Buriram United melebarkan kedudukan lima minit sebaik sahaja sepak mula untuk jaringan ketiga sekali lagi menerusi Lucas Crispim.

Pada minit ke-54 permainan, pemain asal Brazil, Lucas Crimpim mencatat hatrik untuk jaringan keempat Buriram United.

Tak terhenti setakat itu, pemain gantian Buriram, Athit Berg dan Seksan Ratree masing-masing mencatat jarinhan untuk gol kelima dan keenam Buriram sebelum import dari Brazil. Chrigor melengkapkan malam gemilang Buriram untuk jaringan ketujuh pasukan.

Aksi di Stadium Buriram tamat dengan keputusan Buriram United 7-0 Kaya Ilo Ilo.