Advertisement
Shopee Cup: CAHN Cemas Sebelum Tewaskan Kaya IIoilo
Asia Tenggara
MakanBola
KAYA Futbol Club

Aksi saingan Shopee Cup malam ini menyaksikan wakil Vietnam, CAHN cemas sebelum tewaskan Kaya Iloilo. 

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik. CAHN turun dengan prestasi cemerlang selepas menang dua perlawanan awal. 

Sementara wakil dari Filipina, Kaya FC masih mencari tiga mata pertama selepas tewas dua perlawanan awal.

CAHN tidak menunggu lama membuka jaringan pertama pada minit ke-16 permainan arkitek tengah, Le Van Do.

Malang terus menimpa buat Kaya di laman sendiri apabila pada minit ke-28 permainan, pemain pertahanan, M. Casambre menjaringkan gol sendiri. 

Separuh masa pertama tamat, CAHN 2-0 Kaya FC.

Pemain gantian yang baru sahaja masuk separuh masa kedua dari Kaya FC, Mark Swainston perlukan lapan minit untuk membuka jaringan pertama pasukan sekaligus merapatkan kedudukan jaringan.

Keputusan kekal sehingga tamat permainan, CAHN menang dengan keputusan 2-1 Kaya Iloilo. 

Ketika ini, CAHN duduki tangga teratas liga dengan 9 mata sementara Kaya Iloilo kekal tanpa sebarang mata berada di kedudukan tercorot kumpulan B.