Advertising
Shopee Cup: Chanathip Songkrasin Laung Amaran Awal
MakanBola
BG PATHUM UNITED

Bintang BG Pathum United, Chanathip Songkrasin laung amaran awal menjelang aksi Shopee Cup 2024 yang akan berlangsung esok. 

Pemain kebangsaan Thailand itu yakin pasukannya mampu menjulang trofi yang julung kalinya diadakan di Asia Tenggara.

BG Pathum United antara dua wakil kelab dari Thailand yang akan bersaingan dalam Shopee Cup edisi kali ini.

Ad

“Saya berasa sangat teruja untuk bersaing di dalamnya. Ini adalah peluang yang baik untuk kami menguji diri menentang pasukan lain di rantau Asia Tenggara. 

Ad

“Kejohanan ini tidak selalu ada, jadi saya akan memberikan yang terbaik dan saya berharap dapat membawa pasukan saya ke arah kemenangan.

“Saya mahu memenangi Piala Shopee,” kata Chanathip dalam temu bual eksklusif dengan ASEAN United FC.

Ad
Ad

Dalam pada itu, pemain berusia 30 tahun menyatakan bahwa pasukannya kini berada dalam momentum terbaik untuk mencipta kejuaraan.

Ad

Bekas pemain Kawasaki Frontale ini menganggap segala kritikan negatif terhadap pasukannya tidak menghalang persiapan mental dan fizikal. 

“Kami bersedia untuk menghadapi mana-mana pasukan. Kami mempunyai pasukan yang kuat yang bersedia untuk bersaing di atas padang.

“Terdapat banyak kritikan di luar tetapi pasukan kami mesti memastikan untuk menghalangnya dan tidak membiarkan sebarang perkara mengganggu kami.

“Kami mahu bermain dengan baik dalam setiap perlawanan dan memenangi keseluruhan kejohanan,” katanya lagi.

BG Pathum United yang berada dalam kumpulan A akan berdepan wakil kelab dari Indonesia, PSM Makassar esok jam 7.30 malam waktu Malaysia.