Advertisement
Shopee Cup: Dong A Thanh Hoa Curi Mata Dari BG Pathum United
Asia Tenggara
MakanBola
Asean United FC

Aksi saingan Shopee Cup malam ini menyaksikan Dong A Thanh Hoa curi satu mata berharga dari wakil Thailand, BG Pathum United. 

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik. BG Pathum turun dengan kelebihan beraksi di laman sendiri. 

Separuh masa pertama tamat tanpa sebarang jaringan. Masing-masing cuba untuk menguasai perlawanan. Pasukan pelawat, Dong A Thanh Hoa menguasai permainan dengan 56 peratus sementara BG Pathum 44 peratus.

Separuh masa kedua bermula, BG Pathum memasukkan dua pemain penting iaitu Chanatip Songkrasin dan Ilhan Fandi bagi jentera serangan.

Itu bukan satu halangan buat wakil dari Vietnam ini, pada minit ke-71 permainan ketua pasukan Dong A Thanh Hoa, Doan Ngoc Tan membuka jaringan pertama pasukan.

Usaha tidak mengkhianati hasil, BG Pathum berjaya bangkit jaring gol penyamaan menerusi pemain pertahanan, Sanchai Nonthasila pada minit ke-88 permainan. 

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, BG Pathum bangkit ikat Dong A Thanh Hoa 1-1.

Selepas ini, BG Pathum United akan berdepan Shan United dan Dong A Thanh Hoa bertemu Svay Rieng pada 22 Januari ini.