Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor berdepan laluan berbeza dalam saingan Shopee Cup 2025-2026.
Pada sesi undian yang berlangsung di Bangkok pada Jumaat, JDT dan Selangor menjadi dua wakil Malaysia untuk merebut kejuaraan Shopee Cup bersama 10 lagi kelab dari rantau Asia Tenggara.
Hasil undian menyaksikan JDT berada di dalam kumpulan B bersama Bangkok United, Nam Dinh, Lion City Sailors, Svay Rieng dan juga pemenang aksi play-off.
Manakala satu lagi wakil negara, Selangor pula akan bertemu Buriram United, BG Pathum, CAHN, Tampines Rovers FC dan pemenang aksi play-off di dalam kumpulan A.
Saingan Shopee Cup 2025-2026 dijadualkan membuka tirai pada 8 Ogos hadapan dengan aksi play-off membabitkan 4 buah pasukan iaitu DH Cebu (Filipina), Ezra FC (Laos), Shan United (Myanmar) dan Kasuka (Brunei).
Aksi peringkat kumpulan pula akan bermula pada bulan Ogos melibatkan kesemua 12 pasukan dengan juara dan naib juara bakal ke peringkat separuh akhir serta final pada Mei 2026.