Advertising
Shopee Cup Peluang Pemain Muda Malaysia Timba Pengalaman
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, S. Subramaniam menyifatkan Shopee Cup sebagai medan pendedahan terbaik buat pemain-pemain muda Malaysia.

Pandangan ini dilontarkan beliau selepas melihat ramai anak tempatan terutama pemain muda diberi peluang beraksi dalam kejohanan itu.

Ad

Antara pemain muda beraksi dalam kejohanan ini ialah Safwan Mazlan, Ubaidullah Shamsul Fazili, Rahadiazli Rahalim, S. Sharvin dan Arif Shaqirin Suhaimi.

Ad

Subramaniam melihat pengalaman yang diraih mereka dalam kejohanan ini bakal membantu mereka menjadi pemain lebih baik pada masa akan datang.

“Pemain-pemain muda seperti Ubaidullah, Safwan Mazlan dan Syahmi Zamri. Di bahagian kiri mereka ada Alif Zakaria, di sebelah kanan ada Azam Azmi Murad.

Ad

“Pemain ini jika mereka terus beraksi di Liga Super dan liga Asia, mereka akan jadi lebih bagus. Ini kerana jika mereka kerap dicabar dan menerima pendedahan, mereka akan menjadi pemain yang matang untuk pasukan kebangsaan atau pasukan negeri,” katanya semasa menjadi panel Arena Bola.

Ad

Situasi ini juga dilihat berita baik buat pengendali skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Nafuzi Zain.

Ad

Ini kerana ini akan membantu pasukan itu menghadapi tiga kejohanan tahun 2025 termasuk pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2026.