Shopee Cup Perkenal Format Baharu Libatkan 14 Kelab Bertanding
MakanBola
ASEAN United FC

Saingan Shopee Cup musim 2025/26 dijangka lebih menarik kerana perubahan format dan pertambahan pasukan yang bertanding.

ASEAN Football melaporkan 14 pasukan akan berentap dalam dua kumpulan. Setiap kumpulan memiliki tujuh pasukan.

Tujuh pasukan ini akan mengharungi enam perlawanan, tiga di tempat sendiri dan tiga lagi di tempat lawan. Empat pasukan terbaik setiap kumpulan mara ke peringkat suku akhir.

Di peringkat suku akhir, pasukan akan dipadankan mengikut kedudukan kumpulan. Misalnya, pasukan pertama Kumpulan A akan menentang pasukan Kumpulan B.

Perubahan format terutama di peringkat suku akhir dilihat mirip kepada format pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Peringkat separuh akhir dan final menyaksikan format timbal balik dikekalkan bagi menentukan finalis dan juara.

Malaysia menghantar juara dan naib juara Liga Super musim 2024/25, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC sebagai wakil dalam saingan kali ini.

Cabutan undi kumpulan Shopee Cup bakal diadakan pada 4 Julai ini. Gelaran juara bertahan dipegang Buriram United selepas menjuarai edisi 2024/25.