Advertising
Shopee Cup: Sasalak Haiprakhon Mahu Rantai ‘Messi Vietnam’
MakanBola
Buriram United/ Hanoi Police FC

Pemain sayap Buriram United, Sasalak Haiprakhon mengakui kualiti yang ada pada ‘Messi Vietnam’, Nguyen Quang Hai yang beraksi untuk Hanoi Police FC. 

Pemain berusia 28 tahun ini percaya Quang Hai mampu memberikan masalah yang besar kepada pasukan. 

Ad

“Saya juga menganggap Quang Hai dan kaki kiri ajaibnya sebagai senjata yang sangat menakutkan. Dia juga menyebabkan banyak kesukaran untuk pasukan Thailand,” kata Sasalak Haiprakhon.

Ad

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahwa pasukan sudah bersedia untuk mencipta kemenangan berharga di tempat lawan. 

“Seperti kata jurulatih kami, musim kami baru sahaja bermula. Matlamat kami dalam setiap perlawanan adalah untuk mengekalkan kemenangan. 

Ad

“Kini pasukan kami telah bertambah baik. Saya berharap perlawanan ini dapat mengekalkan kemenangan secara berterusan daripada perlawanan Liga Thai,” katanya memetik laporan daripada Buriram United.

Ad

Buriram United akan memulakan aksi pertama dalam saingan Shopee Cup berdepan wakil dari Vietnam, Hanoi Police FC pada hari ini jam 7.30 waktu tempatan.

Ad