Shukor Adan Beri Amaran, Tiada Pemain Boleh ‘Mengelat’
Dunia
Astro Arena
Advertisements

Penolong jurulatih Kuala Lumpur City FC, Shukor Adan mengakui memerlukan masa untuk menjiwai bidang kejurulatihan kerana daripada pemain kepada jurulatih itu satu pengalaman baru bagi beliau.

Shukor juga bersikap positif dengan situasinya sekarang dan ramai yang membantu memberikan ilmu kejurulatihan terutamanya barisan kejurulatihan dan staff supaya beliau melangkah lebih jauh dalam bidang ini.

Penolong jurulatih yang berusia 43 tahun itu menjelaskan bahawa beliau cukup berpengalaman dalam bidang bola sepak ini sampaikan bahasa tubuh dan air muka pemain boleh dibaca dan tiada pemain boleh mengelat dengannya.

Advertisements

“Selepas bersara, saya beralih ke bidang kejurulatihan tetapi ia satu perkara yang agak sukar untuk kita terus beralih daripada pemain kepada jurulatih,” katanya dalam temubual bersama Astro Arena.

“Jadi, saya banyak belajar daripada mereka semua (barisan kejurulatihan) dan staf juga banyak membantu daripada segi kejurulatihan dan sedikit demi sedikit, saya akan melangkah lebih jauh.”

“Pemain-pemain, kita boleh nampak daripada bahasa tubuh dan air muka mereka dan selama saya menjadi ketua pasukan mereka pun saya banyak membantu daripada aspek itu.”

Advertisements

“Jadi, saya rasa untuk mereka menipu saya memang susahlah sebab ia berdasarkan pengalaman saya bersama mereka.”

“Saya mengenali mereka, saya memahami mereka, jadi saya harap mereka juga dapat membantu saya, terutama sepanjang empat, lima hari ini,” katanya.

Sebagai rekod, Shukor mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola sepak sebaik KL City FC memenangi Piala Malaysia pada 30 November lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram