Siaran Langsung ACL Elite: JDT vs Shanghai Shenhua (Live Streaming)
MakanBola
Syafiq Freman
Sponsors

Aksi AFC Champions League Elite (ACLE) menyaksikan pertembungan antara JDT dan Shanghai Shenhua.

Pengendali Shanghai Shenhua, Leonid Slutskiy turut memberitahu bahawa pasukannya memberikan fokus kepada jentera serangan JDT terutamanya Arif Aiman.

Ad

“Sudah pasti saya boleh katakan bahawa pemain nombor 42 (Arif Aiman) dalam perhatian. Beliau berjaya menjaringkan dua gol tempoh hari.

Ad

Menurut Bidoglio, pertemuan pada Selasa bakal menjanjikan aksi yang menarik buat kedua-dua pasukan dan para pemain JDT kini sedang bekerja keras untuk bertemu jaguh China itu.

”Ini akan menjadi perlawanan yang sukar dan menarik, tetapi kami lebih memberi tumpuan kepada diri sendiri dan pemain kini bekerja keras untuk itu.

Ad

Set pieces sangat penting dalam bola sepak kini, dengan satu set piece, kamu boleh menentukan kemenangan atau kekalahan dalam suatu perlawanan,” kata Bidoglio yang ditemani Jordi Amat.

Ad

”Kami tahu pihak lawan mempunyai pemain yang tinggi dan merbahaya (dalam situasi bola mati) dan kami sedang menambah baik keadaan ini kerana kami juga mempunyai pemain yang bagus untuk menanduk.”

Ad

Kesebelasan Utama JDT vs Shanghai Shenhua

Info Siaran Langsung JDT vs Shanghai Shenhua

Tarikh: 1 Oktober 2024 (Selasa)
Masa: 8 Malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Siaran Langsung: Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.