Aksi pembukaan AFC Champions League Elite (ACL Elite) melibatkan pertembungan antara Shanghai Port dan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio memberi fokus terhadap persiapan pasukannya yang turun beraksi di laman lawan.
“Bagi kami aksi di ACLE ini amat penting. JDT merupakan sebuah kelab yang semakin baik dari setiap musim. Kami memiliki peluang untuk melakukannya.
“Saya memiliki skuad yang baik dan saya amat percaya kepada semua pemain. Pemain bekerja keras dan piala ini sangat bermakna buat kami,” ujar Bidoglio dalam sesi sidang media pra perlawanan.
Pengendali Shanghai Port iaitu Kevin Muscat mahu menggunakan pengalamannya untuk memastikan kecemerlangan pasukan China itu di ACLE.
“Tahun ini juga merupakan satu kejohanan elit selepas penstrukturan semula Liga Juara-Juara AFC (ACL). Kita tahu lawan esok, JDT memiliki dominasi yang kuat dalam liga domestik mereka.
“Saya juga memiliki pengalaman ACL dalam beberapa musim terakhir. Kita tidak sabar menghadapi cabaran, kita juga akan bersedia,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.
Kesebelasan Utama Shanghai Port vs JDT
Info Siaran Langsung Shanghai Port vs JDT
Tarikh: 18 September 2024 (Rabu)
Masa: 8 Malam
Venue: Stadium Fudong, Shanghai.
Siaran Langsung: Astro Arena
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.