Hari ketiga sukan badminton di temasya Olimpik menemukan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Liang Wei Keng-Wang Chang dari China.
Setelah berjaya mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati, beregu utama negara ini bakal membuat perhitungan bersama Wei Keng-Wang Chang yang juga pasangan nombor satu dunia.
Kedua-dua pasangan ini menepati ramalan apabila berjaya memenangi dua aksi pertama kumpulan A ke atas beregu Great Britain, Ben Lane-Sean Vendy dan juga Adam Dong- Nyl Yakura dari Kanada.
Meskipun rekod melibatkan kedua-dua pasangan ini lebih memihak Wei Keng-Wang Chang dengan 6 kemenangan dari 8 pertemuan, namun Aaron-Wooi Yik berjaya merekod kemenangan dalam aksi terakhir.
Kali terakhir mereka bertemu di atas gelanggang adalah pada separuh akhir Thomas Cup lalu yang menyaksikan beregu negara ini meraih kemenangan dalam aksi tiga set 15-21, 21-12, 21-17.
Untuk makluman, aksi epik di antara Aaron-Wooi Yik dan Wei Keng-Wang Chang bakal berlangsung pada awal pagi Selasa jam 3.10 pagi waktu tempatan.
Barisan Atlet Badminton Malaysia Di Sukan Olimpik (29 Julai)
Selain Aaron-Wooi Yik, dua lagi wakil hebat negara turut beraksi dengan pasangan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan berentap bersama jaguh dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.
Sementara itu, harapan negara dalam acara perseorangan wanita, Goh Jin Wei bakal membuka tirai kempen di Paris dengan menentang Johanita Scholtz dari Afrika Selatan pada sebelah malam waktu tempatan.
Info Siaran Langsung Aaron-Wooi Yik vs Liang Wei Keng-Wang Chang
Tarikh: 30 Julai 2024 (Selasa).
Masa: 3.10 pagi Selasa waktu tempatan
Venue: Arena De Chapelle, Paris, Perancis.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.