Aksi tumpuan pusingan 16 acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2024 menemukan Lee Zii Jia dan wakil Perancis, Toma Junior Popov.
Zii Jia dan Popov mengesahkan kelayakan ke pusingan 16 terbaik selepas muncul juara kumpulan masing-masing. Wakil tuan rumah itu muncul juara Kumpulan H selepas mencipta kejutan mengalahkan jaguh Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting.
Sementara Zii Jia pula muncul juara Kumpulan G. Kejayaan itu dicapai bekas juara All England 2021 itu apabila menewaskan wakil Sepanyol, Pablo Abian.
Meskipun berstatus pemain nombor 20 dunia, Popov dijangka mendapat sokongan padu penyokong Perancis di Arena De Chapelle menjelang aksi menentang Zii Jia.
Rekod Pertemuan Lee Zii Jia vs Toma Junior Popov
Ini kali kedua juara Thailand Open 2024 itu berentap dengan Popov. Kali terakhir kedua-dua pemain bersemuka di gelanggang ialah saingan BWF World Tour Finals 2021.
Zii Jia mempamerkan permainan mantap sebelum meraih kemenangan straight set dengan keputusan 21-13, 21-19.
Info Siaran Langsung Lee Zii Jia vs Toma Junior Popov
Tarikh: 1 Ogos 2024 (Khamis).
Masa: 8.10 malam waktu tempatan.
Venue: Arena De Chapelle, Paris, Perancis.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.