Skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) bakal berentap dengan Uzbekistan untuk aksi pertama CFA International Friendly Competition 2024.
Malaysia, Uzbekistan dan Vietnam bakal bersaing dengan tuan rumah, China di Changsha bermula 4 hingga 10 September ini.
Ketiga-tiga pasukan menjadikan kejohanan ini sebagai pemanas badan sebelum pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025 yang bermula pada Oktober ini.
Skuad negara bakal dibimbing bekas kapten skuad kebangsaan, Shukor Adan. Ini disebabkan jurulatih skuad B-19, Juan Torres Garrido perlu memenuhi tugasnya sebagai penolong jurulatih skuad Harimau Malaya.
Garrido bakal fokus membantu ketua jurulatih skuad senior Malaysia, Pau Marti Vicente menghadapi Pestabola Merdeka 2024. Setelah itu, beliau akan kembali menyertai skuad B-19 negara untuk pusingan kelayakan Piala Asia B-20.
Rekod Pertembungan Malaysia vs Uzbekistan
Ini pertemuan pertama buat kedua-dua pasukan di peringkat antarabangsa. Meskipun begitu, Malaysia dan Uzbekistan memiliki motivasi untuk mengekalkan momentum pasukan masing-masing.
Skuad negara meraih kedudukan keempat dalam Kejohanan ASEAN B-19 yang berlangsung di Surabaya, Indonesia pada akhir Julai lalu.
Manakala The White Wolves pula masih belum kalah di peringkat antarabangsa dalam tahun 2024. Kali terakhir pasukan itu tewas ialah tahun 2023.
Uzbekistan tewas kepada Israel dalam perlawanan playoff Piala Dunia B-20 2023 yang berlangsung pada 30 Mei lalu.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Uzbekistan
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Malaysia vs Uzbekistan
Tarikh: 4 September 2024 (Rabu)
Masa: 3.30 Petang.
Venue: Pusat Sukan Helong, Changsha
Siaran Langsung: Weibo Persatuan Bola Sepak China (CFA)
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.