Siaran Langsung China Open: Nur Izzuddin-Sze Fei vs He Jiting-Ren Xiangyu (Live Streaming)
MakanBola
Sponsors

Aksi final beregu lelaki China Open 2024 bakal menemukan regu negara, Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei dengan wakil China, He Jiting dan Ren Xiangyu.

Kedua-dua regu berjaya mara ke final selepas menyingkirkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir. Izzuddin-Sze Fei mara ke final dengan menyingkirkan wakil Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin dengan keputusan 21-14, 24-22.

Ad
Sponsors

Sementara Jiting-Xiangyu menafikan peluang aksi final beregu lelaki membabitkan beregu negara. Ini selepas regu nombor tujuh dunia itu menyingkirkan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dengan keputusan 21-18, 21-11.

Ad

Aksi final dijangka sengit dengan Jiting-Xiangyu bakal mendapat sokongan padu penyokong China di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzou.

Izzuddin-Sze Fei bukan satu-satunya wakil negara yang akan beraksi di pentas final China Open 2024. Beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai juga akan beraksi di final.

Ad

Rekod Pertemuan Nur Izzuddin-Sze Fei vs He Jiting-Ren Xiangyu

Ini kali ketiga kedua-dua beregu bertemu di atas gelanggang. Sebelum ini, Izzuddin-Sze Fei pernah berentap dengan Jiting-Xiangyu dalam saingan Thomas Cup 2024 dan Singapore Open 2024.

Ad

Rekod kemenangan lalu memihak kepada wakil China berkenaan dengan dua kemenangan. Walau bagaimanapun, mereka dipaksa bekerja keras dengan Izzuddin-Sze Fei kerap mengheret perlawanan ke set ketiga.

Kali terakhir kedua-dua regu bertemu ialah suku akhir Singapore Open 2024. Jiting-Xiangyu menewaskan Izzuddin-Sze Fei dengan keputusan 21-16, 9-21, 21-17.

Info Siaran Langsung Nur Izzuddin-Sze Fei vs He Jiting-Ren Xiangyu

Tarikh: 22 September 2024 (Ahad).
Masa: 1.50 petang dan 4.20 petang
Venue: Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzou, China.
Siaran Langsung: Astro Supersport

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.