UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Perlawanan akhir Australian Open 2024 pada Ahad bakal menyaksikan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan turun menentang bintang Jepun, Kodai Naraoka.

Advertisements

Terdahulu, empat wakil telah membawa cabaran negara di peringkat separuh akhir iaitu Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), Haikal Nazri-Choong Hon Jian (beregu lelaki), Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien (beregu wanita) dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (beregu campuran).

Walau bagaimanapun, hanya dua wakil sahaja berjaya meneruskan kemaraan setelah memewaskan lawan masing-masing termasuklah Lee Zii Jia yang dipaksa beraksi dalam tiga set sebelum membenam cabaran Lee Chia Hao dari Chinese Taipei.

Advertisements

Satu lagi wakil yang berjaya mara ialah Lim Chiew Sien-Lai Pei Jing yang mencipta kejutan menundukkan pasangan pilihan ketiga dari Hong Kong sementara hasrat beregu lelaki dan campuran negara untuk ke final dinafikan oleh jaguh dari China.

Barisan Pemain Malaysia Separuh Akhir Australian Open

Advertisements

Final ketiga buat Lee Zii Jia bagi musim 2024 ini akan menyaksikan jaguh dari Jepun, Kodai Naraoka bakal menjadi halangan terakhir buat pemain berusia 26 tahun ini untuk merangkul gelaran juara di bumi Sydney.

Sementara itu, pasangan beregu wanita negara, Lim Chiew Sien-Lai Pei Jing yang melakukan debut bersama di Australian Open ini akan berdepan satu lagi pasangan pilihan kejohanan dari Indonesia, Febriani Kusuma-Amallia Pratiwidi final.

Advertisements

Info Siaran Langsung Separuh Akhir Australian Open

Tarikh: 16 Jun 2024 (Ahad).
Masa: 11.00 pagi – 4.00 petang.
Venue: Quaycentre, Sydney, Australia.
Siaran Langsung: Astro Supersport.

Advertisements

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram