Final EURO 2024 menemukan dua pasukan handalan Eropah, Sepanyol dan England selepas kedua-dua pasukan melepasi cabaran separuh akhir.
Sepanyol mara ke final selepas berjaya mengatasi cabaran Perancis 2-1. Bintang RB Leipzig, Dani Olmo muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan pada minit ke-25.
Sementara England pula menundukkan Belanda 2-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir. Gol kemenangan England disumbang oleh penyerang berbisa Aston Villa, Ollie Watkins pada minit ke-90.
The Three Lions berharap dapat meraih gelaran juara kejohanan utama bola sepak sejak Piala Dunia 1966. Sementara La Roja pula berharap dapat bergelar juara EURO buat kali pertama sejak 2012.
Kesebelasan Utama Sepanyol vs England
Maklumat kesebelasan utama akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan bermula.
Info Siaran Langsung Sepanyol vs England
Tarikh: 15 Julai 2024 (Isnin)
Masa: 3 Pagi.
Venue: Olympiastadion, Berlin, Jerman.
Siaran Langsung: SPOTV Now
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.