Tumpuan peminat bola sepak negara kini terarah kepada wakil Malaysia di Kelayakan AFC Women’s Champions League (AWCL), Sabah yang turun dalam aksi pertama berdepan APF.
Di pusingan kelayakan ini, Sabah akan berdepan APF dari Nepal dalam perlawanan pertama pada 28 Ogos, sebelum berdepan wakil Uzbekistan, Nasaf empat hari kemudian di Likas.
Hanya juara sahaja akan layak ke saingan utama dan bakal berada di kumpulan A bersama jaguh China dan Korea, Hyundai Red Star Angels selain satu lagi pasukan juara kelayakan.
Menurut pengendali Sabah, Justin Ganai, meskipun diuji dengan 2 masalah utama namun beliau yakin anak-anak buahnya sudah memberikan persiapan terbaik menjelang sepak mula aksi.
”Persiapan kami bagi kejohanan (kelayakan) ini, kita sudah sedaya upaya untuk bersedia tetapi memang ada banyak masalah yang kami hadapi juga,” ujar Justin ketika sidang media.
”Pertama sekali, keadaan cuaca yang tidak mengizinkan (ditambah) sekarang musim hujan. Kemudian, (masalah) padang juga sebab kita tidak menggunakan padang SAFA untuk berlatih.”
Kesebelasan Utama Sabah vs APF
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Sabah vs APF
Tarikh: 28 Ogos 2024 (Rabu).
Masa: 8 Malam.
Venue: Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Siaran Langsung: Youtube Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.