Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal berentap dengan Chiu Hsiang Chieh dan Wang Chi Lin di peringkat separuh akhir Korea Masters 2024.
Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir selepas mengatasi cabaran wakil tuan rumah, Kim Jae-hyeon dan Lee Sang-won di peringkat suku akhir. Bekas juara dunia 2022 itu menang dengan keputusan 21-17, 21-12.
Manakala Hsiang Chieh-Chi Lin pula mencipta kejutan dengan menewaskan wakil China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han di peringkat sama. Beregu Chinese Taipei itu dipaksa bekerja keras sebelum menang dengan keputusan 21-12, 16-21, 21-19.
Aaron-Wooi Yik berharap dapat memburu penampilan final kedua jelajah Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) untuk tahun 2024. Kali terakhir beregu keenam dunia itu berada di final ialah final All England Open 2024 pada Mac lalu.
Selain itu, ini juga akan mencerahkan peluang Aaron-Wooi Yik untuk layak ke World Tour Finals 2024 pada Disember ini.
Mereka perlu berada di kelompok lapan beregu terbaik ranking Race to Hangzhou jika mahu beraksi dalam kejohanan itu. Semakan terbaru menyaksikan Aaron-Wooi Yik kini di tangga ke-13.
Rekod Pertemuan Aaron Chia-Wooi Yik vs Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin
Ini kali pertama Aaron-Wooi Yik berentap dengan Hsiang Chieh-Chi Lin. Meskipun begitu, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu tidak boleh memandang enteng kemampuan beregu Chinese Taipei itu.
Kedua-duanya mula digandingkan pada Ogos lalu selepas regu asal Chin Lin, Lee Yang mengumumkan persaraan selepas tamat Sukan Olimpik 2024.
Hsiang Chieh-Chi Lin menunjukkan keserasian yang baik dengan mara ke separuh akhir Korea Open 2024 dan Hong Kong Open 2024. Aksi menentang Aaron-Wooi Yik merupakan penampilan ketiga mereka di peringkat separuh akhir jelajah BWF.
Info Siaran Langsung Aaron Chia-Wooi Yik vs Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin
Tarikh: 9 November 2024 (Sabtu)
Masa: 3.50 pm.
Venue: Gimnasium Iksan, Iksan City, Korea Selatan
Siaran Langsung: Astro Badminton
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.