Aksi Liga Super minggu 11 menyaksikan pertembungan antara Kelantan Darul Naim dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pengendali KDN FC, Park Jae-hong mengakui bukanlah satu tugasa mudah buat Sang Kijang Emas untuk mencuri mata daripada JDT.
Pada masa sama, beliau percaya anak buahnya mampu memberi tentangan sengit kepada juara liga musim 2023 itu.
“Kami akur tugasan ini selepas lebih hampir sebulan tanpa perlawanan kompetetif memang berat. Apatah lagi, pihak lawan kami juga masih segar dengan kemenangan besar ke atas Penang FC.
“Pada perlawanan ini, kami tidak boleh terlalu menghormati JDT, tetap kena beri saingan hebat kepada mereka.
“KDNFC hadir dengan sebuah pasukan yang telah berubah. Skuad ini diyakini mampu untuk beri tentangan sengit kepada juara bertahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Kesebelasan Utama Kelantan Darul Naim vs JDT
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Kelantan Darul Naim vs JDT
Tarikh: 22 September 2024 (Ahad)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bharu.
Siaran Langsung: Astro Arena
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.