Siaran Langsung Persahabatan FIFA: New Zealand vs Malaysia (Live Streaming)
MakanBola
FA MALAYSIA
Sponsors

Aksi persahabatan Tier 1 FIFA antara New Zealand dan Malaysia menjadi tumpuan.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti mempersiapkan pasukan dan berharap anak buahnya akan turun berhabis-habisan menentang pasukan ke-95 dunia itu.

Ad

“Saya fikir bagi pasukan kebangsaan, setiap perlawanan adalah istimewa. Dan saya juga fikir kita boleh mencipta sejarah. 

Ad

“Jika kita menang besok (ke atas New Zealand), kita boleh pergi melepasi kedudukan ke-130 untuk ranking FIFA.

“Jadi, saya fikir ini satu lagi langkah buat pasukan ini. Dan kita juga memiliki motivasi sendiri untuk jadi lebih baik. Jadi, saya fikir jika kita berjaya mencapainya, ia akan jadi sesuatu yang bagus,” katanya dalam satu video Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ad

Pengendali New Zealand, Denis Bazeley enggan memandang rendah cabaran anak buah Pau Marti Vicente itu.

Ad

“Kita pasukan pilihan. Ini satu peluang untuk kita bermain untuk menjadi pasukan tersebut daripada pasukan yang memiliki ranking terbawah.

Ad

“Mereka hadir dengan pasukan yang besar. Saya dengar apa yang jurulatih (Malaysia, Pau Marti Vicente) katakan dan kita perlu mempamerkan persembahan terbaik di gelanggang sendiri di atas padang yang bagus,” katanya.

Kesebelasan Utama New Zealand vs Malaysia

Info Siaran Langsung New Zealand vs Malaysia

Tarikh: 14 Oktober 2024 (Isnin)
Masa: 2 Petang
Venue: Stadium North Harbour, Auckland
Siaran Langsung: 122 Mytv & Unifi TV

Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.