Siaran Langsung Pestabola Merdeka: Malaysia vs Filipina (Live Streaming)
MakanBola
MFL
Sponsors

Aksi separuh akhir Pestabola Merdeka menyaksikan pertembungan Malaysia dan Filipina.

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti memberikan fokus untuk mempersiapkan pasukan tanpa gangguan luar padang.

Ad

“Saya tiada masa untuk memikirkan tentang tekanan kerana masa yang ada digunakan untuk mempersiapkan pasukan.

Ad

“Kita tidak dapat mengubah apa yang berlaku pada masa lalu jadi fokus kita pada masa hadapan.” jelasnya ketika ditemui di Wisma FAM.

Beliau juga optimis untuk memastikan Harimau Malaya turun dengan identiti sendiri di hadapan penyokong di Bukit Jalil.

Ad

“Saya cuba menjalankan tugas saya dengan baik untuk memastikan pasukan beraksi sebaik mungkin. Bola sepak tidak mudah untuk melakar kemenangan tetapi saya cuba untuk memastikan aksi terbaik pemain.

Ad

Pengendali Filipina, Norman Fegidero mengakui cabaran pertama baginya adalah untuk memastikan kesemua pemain dapat berkumpul bersama memandangkan ada sebilangan kecil pemain akan tiba sedikit lewat.

Ad

”Kami menghadapi situasi di mana pasukan tiba pada hari semalam dan ada pemain yang akan tiba tengahari ini. Saya boleh katakan ini adalah cabaran untuk mempersiap pasukan.

”(Ada pemain lewat) kerana ketersediaan penerbangan dan ada pemain yang meminta untuk hadir sedikit lewat kerana komitmen bersama kelab,” katanya.

Rekod Pertembungan Malaysia vs Filipina

Kemenangan kembali dicapai skuad negara apabila menewaskan Filipina 2-0 pada 23 Mac 2022 di Singapura untuk Tri Nation Tournament 2022. Menariknya, perlawanan tersebut juga perlawanan pertama Kim Pan-gon sebagai pengendali Harimau Malaya ketika itu.

Dua gol hasil sumbangan pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid memastikan Malaysia meraih kemenangan. Ini juga kemenangan pertama skuad negara ke atas The Azkals sejak aksi ASEAN Championship edisi 2007.

Malaysia yang ketika itu dibimbing Norizan Bakar membelasah Filipina 4-0 dalam aksi peringkat kumpulan. Hairuddin Omar, Nizaruddin Yusof dan gol sendiri Anton de Rosario memastikan kemenangan milik Harimau Malaya.

Lima pertemuan terakhir membabitkan kedua-dua pasukan sejak 2012, Harimau Malaya tidak pernah tewas kepada The Azkals. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan sebanyak empat kali sehingga 2017.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Filipina

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung Malaysia vs Filipina

Tarikh: 4 September 2024 (Rabu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil.
Siaran Langsung: RTM Klik, Sukan RTM (Percuma) & Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.