Siaran Langsung Piala FA: JDT vs Kedah Darul Aman (Live Streaming)
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024 melibatkan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Kedah Darul Aman.

Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio menzahirkan rasa puas selepas anak buahnya terus memperagakan peningkatan dalam setiap perlawanan.

Ad
Sponsors

Ya, setiap perlawanan kita akan pamerkan peningkatan. (Perlawanan separuh akhir kedua menentang) Kedah satu perlawanan yang sukar. 

Ad

“Tapi ia diadakan di gelanggang sendiri bersama para penyokong kita. Penyokong kita amat mengagumkan. Jadi, kita perlu tunjukkan peningkatan dan menang perlawanan tersebut,” katanya kepada MakanBola dalam sidang media pasca-perlawanan PDRM FC-JDT baru-baru ini.

Pengendali Kedah, Nafuzi Zain mahu memberikan yang terbaik untuk menewaskan JDT di laman lawan.

Ad

“Hanya kemenangan yang melayakkan kita ke final. Tak kiralah, yang penting Kedah perlu menjaringkan gol walau macam mana sekalipun.

Ad

“Kita harus berusaha untuk menjaringkan gol untuk mencari kemenangan. Kita tahu bermain di JDT ini bukan satu benda yang senang, mudah dan teramat sukar. Jadi, apa pun untuk separuh akhir, kena bagi yang terbaik,” jelasnya.

Ad

Kesebelasan Utama JDT vs Kedah Darul Aman

Info Siaran Langsung JDT vs Kedah Darul Aman

Tarikh: 4 Ogos 2024 (Ahad)
Masa: 8:15 Malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bharu.
Siaran Langsung: Sukan RTM.

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.