Siaran Langsung Piala FA: Malaysian University vs JDT (Live Streaming)
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Aksi suku akhir Piala FA menyaksikan pertarungan antara pasukan Liga A1 Semi Pro, Malaysian University dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kendalian Hector Bidoglio meneruskan rentak cemerlang apabila menundukkan Kelantan Darul Naim dengan keputusan 4-0.

Ad
Sponsors

Malaysian University pula mencipta kejutan apabila menewaskan PDRM dengan keputusan 3-0.

Ad

Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio masih mahu melihat prestasi lebih baik daripada anak buahnya selepas masih tidak tewas dalam mana-mana aksi musim ini.

“Sudah tentu, kita ada skuad yang bagus. Kita ada ramai penyerang dan saya gembira untuk Heberty kerana beliau bekerja keras tetapi semua (pemain) skuad bekerja keras.

Ad

“Kita perlu bermain sebagai satu pasukan, itu sangat penting. Kita ada ramai pemain yang hebat dalam pasukan dan saya gembira untuk pasukan hari ini,” jelasnya.

Ad

Kesebelasan Utama Malaysian University vs JDT

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung Malaysian University vs JDT

Tarikh: 29 Jun 2024 (Sabtu)
Masa: 5:30 Petang
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
Siaran Langsung: Astro Arena

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.