Siaran Langsung: Terengganu vs KL City, Kesebelasan Utama & Info Live Streaming Piala FA

Terengganu KL City Siaran Langsung: Terengganu vs KL City, Kesebelasan Utama & Info Live Streaming Piala FA
KL City FC
Nik Faris @nikfalovic
7:27pm 25/06/2023

Pertembungan aksi separuh akhir antara pasukan Terengganu FC menentang KL City FC meraih tumpuan para peminat tatkala satu pasukan akan mara ke pentas akhir.

Skuad kendalian Tomislav Steinbrückner sudah pasti mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri sambil The City Boys turun dengan kekuatan terbaik untuk melakar kejutan di Gong Badak.

Rekod baik skuad Peteh dalam 5 aksi terakhir menjadi tonik motivasi terbaik untuk berdepan pasukan bimbingan Bojan Hodak yang masih tidak tewas dalam 5 aksi terakhir di Liga Super.

Bojan Hodak juga sudah pasti bersedia dengan kehilangan penyerang berbisa pasukan KL City, Herlison Caion tatkala memiliki beberapa kombinasi pemain import dan naturalisasi untuk mengemudi jentera serangan pasukan.

Kesebelasan Utama Terengganu vs KL City

Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.

Info Siaran Langsung Terengganu vs KL City

Tarikh: 25 Jun 2023 (Sabtu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.
Siaran Langsung: Sooka TV & Sukan RTM

Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus perlawanan tamat di MakanBola.com.