Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila undian bagi Aksi Piala Asia U23 bakal berlangsung hari ini.
Tumpuan terarah kepada kedudukan Malaysia yang diletakkan dalam balang 4 bersama musuh tradisi, Indonesia dalam misi melakar kejutan di Piala Asia U23.
Balang 1: Qatar, Arab Saudi, Uzbekistan dan Jepun.
Balang 2: Australia, Iraq, Vietnam dan Republik Korea
Balang 3: Thailand, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait
Balang 4: Malaysia, Tajikistan, China, Indonesia
Susunan balang ini difahamkan mengikut prestasi pasukan di Piala Asia U23 edisi sebelum ini iaitu pada tahun 2022.
Info Siaran Langsung Undian Piala Asia U23:
Tarikh: 23 November 2023 (Khamis)
Masa: 5 Petang
Venue: Al Bustan Ballroom, Wyndham, Doha, Qatar.
Siaran Langsung: AFC Asian Cup