Menurut laporan beberapa wartawan yang pernah berurusan dengan Dion Johan Cools, mereka menganggap Dion seorang yang tidak sombong, profesional, menetapi masa dan sangat merendah diri.
Dion Cools dikatakan hanya bercakap perkara yang perlu, tidak bergosip dan tidak menceritakan apa-apa kisah kejayaannya di eropah melainkan apabila ditanya wartawan.
Sikap merendah diri pemain kelahiran Kuching ini menyebabkan beliau disenangi para wartawan dan pemain dalam kem skuad kebangsaan.
“Jika kita menegurnya, walaupun dia tidak tahu siapa kita, Dion akan membalasnya dengan senyuman”
“Dion Cools tidak sombong dan beliau juga hanya bercakap benda yang perlu.”
“Kalau kita tanya dia apa-apa soalan, dia akan fikir dulu sebelum keluarkan kenyataan.”
“Sikap beliau benar-benar profesional dan menyenangkan.” Jelas wartawan yang tidak mahu namanya di terbitkan di UAE.
Selain aksi cemerlang dalam aksi sulong bersama Harimau Malaya, sikap Dion Cools boleh menjadi contoh tauladan yang baik buat semua pemain.
Walaupun beraksi bersama pasukan yang hebat di Eropah disamping mempunyai pengalaman luas di Liga Juara-Juara UEFA, Dion Cools sangat merendah diri dan sangat pemurah dengan senyuman.
Saksikan aksi penuh Dion Cools dalam perlawanan sulong beliau bersama Skuad Kebangsaan.