Sikap Empati Panathinaikos Sentuh Hati Peminat
MakanBola
Panathinaikos FC

Sebagai tanda empati kepada mendiang George Baldock, kelab Panathinaikos bersedia memberi sokongan kewangan kepada keluarga pemain tersebut.

Arena bola sepak antarabangsa dikejutkan dengan berita bekas pemain Sheffield United itu meninggal dunia pada 9 Oktober lalu.

Ad

Pemain berusia 31 tahun itu ditemui meninggal dunia di kolam renang kediamannya di Glyfada, selatan Greece. Baldock baru saja menyertai The Greens selepas beraksi bersama The Blades dari 2017 hingga 2024.

Ad

Beliau merekodkan 219 penampilan termasuk 83 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Akhbar The Mirror melaporkan sebagai sebuah kelab yang mementingkan hubungan kekeluargaan dan empati, kelab yang berpangkalan di Athens itu bersedia memberi sokongan kepada keluarga pemain kelahiran Buckingham itu.

Ad

Ini termasuk menghormati kontrak tiga tahun yang dimeterai dengan wang pampasan disalurkan kepada pasangan Baldock dan anaknya yang baru berusia setahun.

Ad

Selain itu, The Greens juga bersedia menganjurkan satu perlawanan kebajikan pada tahun 2025 bagi membantu keluarga berkenaan.

Ad

Sebaik berita ini disiarkan, ramai peminat bola sepak memuji tindakan kelab Greece itu. Ini kerana ini menunjukkan Panathinaikos cukup prihatin dengan kebajikan pemain dan keluarga mereka.