Sikh Izhan Tebus Kekecewaan
MakanBola
Selangor FC

Penjaga gol Selangor FC, Sikh Izhan Nazrel seakan-akan menebus kekecewaan lalu selepas pernah melakukan kesilapan besar ketika menentang Persib Bandung yang menghadiahkan kemenangan kepada lawan.

Namun, Sikh Izhan bangkit mempamerkan aksi cukup cemerlang dan penuh keyakinan ketika membantu skuad Gergasi Merah menentang Nam Dinh FC dalam aksi separuh akhir ACC Shopee Cup 2025/2026 pada Rabu.

Perkara itu telah dikongsikan oleh salah seorang penyokong Selangor yang kagum dengan ketangkasan Sikh Izhan Nazrel dalam mengawal gawang meskipun diasak bertubi-tubi oleh barisan pemain Nam Dinh FC.

“Sikh Izhan buktikan balik kekecewaan dia masa lawan Persib hari itu,” luah penyokong Selangor, itsHxziq di ruangan komen Instagram MakanBola.

Mengimbas kembali insiden beberapa bulan lalu, Sikh Izhan Nazrel mempamerkan aksi cukup cemerlang dengan beberapa penyelamatan penting ketika Selangor FC menentang Persib Bandung dalam saingan AFC Champions League Two.

Namun, kesilapan beliau pada saat akhir perlawanan menyaksikan Selangor terlepas mata berharga apabila tewas 2-3 di laman sendiri.

Sudah pasti kekalahan kepada Persib Bandung itu cukup perit untuk ditelan, namun kebangkitan Sikh Izhan dengan aksi penuh cemerlang ketika berdepan Nam Dinh sedikit sebanyak berjaya meredakan kekecewaan serta mengubat hati para penyokong Selangor FC.