Singapura Bangkit Ikat China
Asia
Fasingapore
Advertisements

Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan diantara Singapura dan China bagi aksi kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026 berakhir dengan keputusan 2-2.

Seawal 10 minit permainan, penyerang China, Wu Lei menjaringkan gol pertama pasukan. China terus menguasai permainan dengan asakan bertali arus.

Penjaga gol Singapura, Hassan Sunny terus menjadi wira negara apabila beliau menidakkan sepakan penalti daripada Wu Lei. Perlawanan kekal 0-1 pada minit ke-31 permainan. 

Advertisements

Pada minit masa tambatan 2 minit, penyerang berbisa China sekali lagi Wu Lei menjaringkan gol ketiga pasukan sekaligus menjarakkan lagi dua gol.

Kemasukan pemain sayap lincah Singapura, Faris Ramli menggantikan Zulqarnaen Suzliman membuahkan hasil, beliau menjaringkan gol pertama pasukan sekaligus merapatkan kedudukan jaringan pada minit ke-53 permainan.

Pemain pertahanan Singapura, Jacob Mahler menjadi wira pasukan apabila berjaya menjaringkan gol kedua sekaligus bangkit menyamakan kedudukan jaringan pada minit ke-81 permainan.

Advertisements

Lapan minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Singapura bangkit ikat China di laman sendiri.

China kekal berada di tangga ke-3 dalam kumpulan sementara Singapura berjaya meraih satu mata permata selepas dua perlawanan tewas dan kekal di tangga tercorot kumpulan C.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram