Advertising
Singapura Bergelut Sebelum Tewaskan Timor Leste
MakanBola
Asean United FC

Aksi saingan ASEAN Championship malam ini menyaksikan Singapura berjaya menewaskan Timor Leste. 

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik. Timor Leste turun dengan misi mencari kemenangan pertama dalam kumpulan A.

Perlawanan bermula rancak apabila kedua dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.

Ad

Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan, pasukan pelawat, Singapura menguasai 66 peratus manakala Timor Leste 34 peratus perlawanan.

Ad

Pada minit ke-76, Singapura berjaya membuka jaringan menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Kyoga Nakamura.

Ad
Ad

Pemain sayap Singapura, Shawal Anuar menjaringkan gol kedua pasukan selepas mudah menyempurnakan hantaran lintang daripada rakan sepasukan pada minit ke-90 permainan.

Ad

Perlawanan tamat, Singapura berjaya meraih tiga mata berharga selepeas tewaskan Timor Leste 2-0.

Selepas ini, Singapura akan berdepan Thailand dan Timor Leste bertemu Kemboja pada 17 Disember ini.