Ads
Singapura Jadi Mangsa Amukan Korea Selatan
Asia
FA Singapore

Hasrat Singapura memberi saingan sengit dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Korea Selatan tidak kesampaian apabila dibelasah teruk di gelanggang sendiri.

Advertisements

Singapura menurunkan barisan terkuat dengan Ikhsan Fandi diletakkan sebagai penyerang tunggal manakala Korea Selatan turut menurunkan pemain bintang seperti Son Heung-min dan Lee Kang-in.

Advertisements

Perlawanan bermula dengan penguasaan penuh pasukan pelawat yang selesa bertukar-tukar hantaran sekali gus memaksa Singapura lebih fokus untuk bertahan.

Advertisements
Advertisements

Hasil serangan bertali arus, Korea Selatan akhirnya berjaya dihadapan melalui penyudah Lee Kang-in yang merembat deras dari jarak dekat selepas menggelecek beberapa pertahana Singapura. Korea di hadapan 1-0.

Pemain veteran Korea yang membuat penampilan antarabangsa pertama, Joo Min-kyu melebarkan jurang melalui jaringan kedua Korea pada minit ke-20 melalui satu tandukan yang menewaskan Hassan Sunny di gawang Singapura.

Advertisements

Biarpun mendahului dua jaringan, Korea Selatan tidak pernah mengendurkan asakan dan terus mengasak ke kubu Singapura yang terpaksa bekerja keras menghalang setiap asakan barisan bintang Korea.

Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Korea Selatan meneruskan momentum serangan dan hanya memerlukan 8 minit untuk menambah jaringan ketiga. Kali ini, melalui penyudah Son Heung-min yang memperdaya beberapa pemain Singapura sebelum melepaskan rembatan kencang.

Selang seminit selepas jaringan Son, pesta gol Korea Selatan diteruskan sekali lagi melalui jaringan Lee Kang-in sekali gus menjadikan kedudukan 4-0 memihak Korea Selatan.

Kerapuhan benteng Singapura terus dihukum barisan bintang Korea Selatan apabila pada minit ke-56, Son Heung-min sekali lagi meledak hasil rembatan deras dari luar kotak penalti.

Mendahului lima jaringan, Korea Selatan mula membuat pertukaran pemain dengan Lee Kang-in dikeluarkan serta membawa masuk seorang lagi penyerang berbisa, Hwang Hee-chan.

Pemain muda meningkat naik, Bae Jun-ho menggandakan kelebihan buat Korea Selatan pada minit ke-79 melalui rembatan jarak dekat selepas menyambar hantaran leret dari rakan sepasukan. Korea Selatan di hadapan 6-0.

Pesta gol Korea Selatan ditutup dengan jaringan ketujuh penyerang Wolverhampton, Hwang Hee-chan pada minit ke-81 hasil rembatan kaki kiri selepas situasi kelam kabut di hadapan gol Singapura.

Advertisements

Perlawanan akhirnya ditamatkan dengan kemenangan besar 7-0 buat Korea Selatan. Singapura akan melengkapkan jadual dengan aksi terakhir menentang Thailand pada 11 Jun manakala Korea Selatan akan bertemu China pada tarikh yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram